Our Time Will Come

Assalamualaikum para pembaca ana.Terima kasih kerana masih sudi membaca entry ana ini walaupun ana banyak mengarut.Hari ini topik kita agak besar.YA!Ianya tentang ajal kita.Bila sebut pasal ajal,Kita semua akan mati kan?Seperti firman Allah:-

 "Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian"

So,tak kisah manusia ke,haiwan ke,tumbuhan ke,semua akan mati.Ada satu hari,ana duduk dalam kereta di seat tepi pemandu.Sewaktu itu,ayah ana yang tengah memandu.Ana ni jenis observe keliling sikit,so ana tgk rambut ayah ana dan terfikir,

'Uban abah makin banyak.Hampir semua putih.'

Time tu juga,ana terfikir.Masa kita tak panjang.Memang sangat pendek.Bahkan kiamat pun makin dekat.Cakap pasal kiamat,memang rasa dekat sangat sangat.Tapi,adakah kita sudah bersedia untuk menghadap di hadapan pencipta kita?

Jangan cakap antum semua,ana pun tak bersedia lagi.Jadi,mari sama-sama kita perbaiki akhlak kita.Kita cuba sedaya upaya untuk mendapat keberkatan Allah.Allah tak kira natijahnya.Apa yang Allah kira adalah usaha kita.Usaha kita untuk mendekatkan diri kepadanya,usaha kita menjauhi larangannya,usaha kita untuk mentaati perintah.Bukan senang nak buat dengan ikhlas dak?

Tepuk dada tanya iman."Wahai iman,engkau sihat?"

Sentiasa perbaharui niat.Harap dapat sampai ke hati semua pembaca.

               
                                                          Gomen Nasai.Arigatou Gozaimasu

Comments

Popular posts from this blog

Give Thanks To Allah

Sentap Mak Nak